Hari kita 1.08
am
Barangkali aku memang perahsia yang tegar
Aku luahkan apa yang ada di sekelilingku
Tapi
Aku diamkan apa yang benar duduk dalam hati
Mungkin tersilap kata dari aku
Kamu fikir itu salahmu
Aku perhati, faham benar yang kamu tak dapat lihat dan baca
apa dalam hati
Suaraku kamu masih tidak dapat beza
Aku sedih, namun masih ketawa denganmu
Bukan tak mahu beritahu
Tapi kamu masih tak tahu
Hari ini
Aku tak mengharap suara mesra, sentuhan manja
Cuma satu, ingatan akan hari ini
Hari kita
Bukan kerana tarikhnya semata
Selamat ulangtahun
Untuk kita
No comments:
Post a Comment