Monday, November 17, 2014

....11.48pm

Andai pastinya ku tahu
takkan aku tinggalkanmu
namun masih keliru
teringat masa lalu

Tetap
tiada ku lupakan
Indah
setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana ?
harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal
biar separuh nyawa takkan hilang

Masih terasa nafasmu
lembut menusuk jiwaku
tenang dihembus bayu
membawa khabar rindu

Tapi sulitku ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku tabah berjalan
Sembunyikan harapan






Saturday, August 16, 2014

15-8


Hari kita 1.08 am

Barangkali aku memang perahsia yang tegar

Aku luahkan apa yang ada di sekelilingku

Tapi

Aku diamkan apa yang benar duduk dalam hati

Mungkin tersilap kata dari aku

Kamu fikir itu salahmu

 

Aku perhati, faham benar yang kamu tak dapat lihat dan baca apa dalam hati

Suaraku kamu masih tidak dapat beza

Aku sedih, namun masih ketawa denganmu

Bukan tak mahu beritahu

Tapi kamu masih tak tahu

 

Hari ini

Aku tak mengharap suara mesra, sentuhan manja

Cuma satu, ingatan akan hari ini

Hari kita

Bukan kerana tarikhnya semata

Selamat ulangtahun

Untuk kita

harapan

Aku duduk, termenung di penjuru katil
Banyak benda Bermain di fikiran
Masa depan dan masa kini yang belum pasti

Semakin lama
Merenung jauh
Ingatan kepada memori dulu
Saat jadi budak polos,
dengar kata dan sedikit suci daripada dosa mungkin.

Aku ingin kembali jadi budak polos.
Agar aku tak perlu fikir masalah orang dewasa yang tak habis
Agar aku tak perlu bersedih,berduka
Agar aku mampu senyum penuh ikhlas

Tapi Allah itu adil
Apa yang Ada di hadapanku
Itu rahmat penuh hikmah
Mungkin dek kerana hati terlalu gelap
Mata tak jelas nampak

Terima kasih pada yang sayang aku penuh ikhlas
Aku doa moga
Allah beri kemudahan,beri jalan
Moga kalian tidak sesat saat buntu
Walaupun aku tak mampu duduk sebelah kamu saat susah kamu
Ingat satu, setiap saat doaku buat kamu.