Saturday, August 16, 2014

15-8


Hari kita 1.08 am

Barangkali aku memang perahsia yang tegar

Aku luahkan apa yang ada di sekelilingku

Tapi

Aku diamkan apa yang benar duduk dalam hati

Mungkin tersilap kata dari aku

Kamu fikir itu salahmu

 

Aku perhati, faham benar yang kamu tak dapat lihat dan baca apa dalam hati

Suaraku kamu masih tidak dapat beza

Aku sedih, namun masih ketawa denganmu

Bukan tak mahu beritahu

Tapi kamu masih tak tahu

 

Hari ini

Aku tak mengharap suara mesra, sentuhan manja

Cuma satu, ingatan akan hari ini

Hari kita

Bukan kerana tarikhnya semata

Selamat ulangtahun

Untuk kita

No comments:

Post a Comment